Wednesday, 9 November 2011

PERKEMBANGAN KOGNITIF


PERKEMBANGAN PERSEPSI KANAK-KANAK

Bayi yang baru lahir telah dilengkapkan dengan kebolehan deria

- Deria sentuhan
- Deria rasa
-Deria penglihatan 
-Deria pendengaran 
-Deria bau


PERKEMBANGAN DERIA BAYI

DERIA SENTUHAN

1)Kepekaan sangat tinggi pada masa bayi dilahirkan di bahagian mulut, tapak tangan & kaki (Humprey,1978)

2)Kebanyakan tindak balas bayi adalah berkaitan tindak balas terhadap sentuhan
            seperti menghisap (mulut), menggenggam (tapak tangan) dan babinski (kaki)

                                                                                                   
3)Tindak balas terhadap perubahan suhu. Apabila tidak berpakaian, tidak selesa dan menangis- lebih sensitif terhadap suhu sejuk dari panas.

4)Peka terhadap kesakitan – seperti berhenti bernafas seketika apabila disuntik.

Pada peringkat prasekolah

Deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga boleh membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan sejuk dan sebagainya

DERIA RASA & BAU
Deria rasa merupakan satu punca utama untuk mendapatkan pengetahuan tentang persekitarannya

- Bayi sangat peka terhadap deria rasa sejak lahir lagi

-  Perubahan mimik muka menunjukkan bahawa bayi dapat membezakan rasa sebagaimana orang dewasa

-  Suka kepada rasa manis, seperti rasa susu. (crook & Lipsitt, 1976)

-  Tidak suka rasa masin, pahit dan masam- usia 4 bulan mulai suka rasa masin. Ini membantu bayi untuk menerima makanan pejal

-  Kecenderungan semula jadi ini menggalakkan bayi baru lahir mengambil makanan yang paling sesuai untuknya.

-  Bayi amat peka terhadap bau makanan & bau orang dewasa.bayi suka bau pisang dan mengerutkan dahi apabila bau telur busuk

-  Bayi berumur 6 hari lebih suka bau ibunya berbanding bau orang lain (MacFarlane,1975) dan antara bau susu ibu dengan susu formula

-  Membolehkan mereka membezakan penjaga mereka daripada orang lain.
                                                                             
-  Pada peringkat prasekolah – sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza dengan manis kicap atau masam limau berbeza dengan masam cuka.

DERIA PENDENGARAN

-  Bayi suka kepada bunyi bernada terutama bernada tinggi seperti suara ibu atau wanita sejak ia dilahirkan.
-  Akan memaling terhadap bunyi ynag didengar.
-  Bunyi denyutan jantung ibu dan muzik membuatkan bayi berasa tenang & tenteram
-  Pada usia 4 bulan, bayi dapat cari arah bunyi walaupun dalam gelap (Clifton et al,1998)
-  Pada usia 6 bulan – kebolehan mengesan lokasi bunyi secara tepat meningkat

-  Tahun kedua selepas kelahiran- menjadi semakin baik sehingga dapat mengesan jarak punca bunyi itu darinya.
-  1 tahun – dapat bezakan antara dua melodi dan dapat menyatakan melodi itu tidak sama. Bersedia untuk mempelajari bahasa & memilih bahasa ibunda
-  ½ tahun pertama- mula menapis bunyi & tumpu lebih kepada bunyi yang biasa didengari seperti bahasa ibunda.

DERIA PENGLIHATAN

-  Deria yang kurang matang sekali di waktu lahir
-  Walaupun secara fizikal lengkap, mata bayi masih kabur kerana strukturnya mengambil masa beberapa bulan untuk matang.
-  Penglihatan kabur kerana makula (bhgian kekuningan di atas retina yg membantu ketajaman penglihatan warna) belun matang.
-  Salutan myelin (membantu penghantaran penerimaan imej ke bhg otak) juga belum terbentuk.
-  Pada masa lahir, jarak ketajaman penglihatan bayi adalah 20/600 kaki (Courage & Adam, 1990)
-  11 bulan – 20/20
-  2- 4 bulan- Mengesan pelbagai warna
-  4 – 5 bulan – membezakan warna terang dan gelap
-  1 – 6 bulan – kemampuan mata utk menangkap objek bergerak bertambah cekap

Perkembangan penglihatan bayi dapat dilihat dari 3 aspek

-  Kemampuan mengesan jarak dalam
-  Corak
-  Persepsi objek

MENGESAN JARAK DALAM
-  2 – 3 bulan – persepsi jarak dlm binokular (koordinasi antara imej yg diterima oleh kedua-dua biji mata) mula wujud.
-  6 bulan – menggunakan persepsi tersebut dalam mencapai, menggerakkan tangan, dan menyesuaikan jarak objek dari mata.
-  Bayi 6 bulan enggan merangkak ke bahagian dalam
-  Bayi kurang 6 bulan – menunjukkan perasaan takut, denyutan jantung lebih cepat apabila diletakkan di bahagian gaung dalam ujian Gibson dan Walk (1960)- dpat mengesan jarak walau belum ada pengalaman merangkak.

MENGESAN CORAK

-  3 minggu – lebih suka bentuk empat segi berpetak besar
-  8 – 14 minggu – memilih yang berpetak lebih kecil (banks & salapatek,1983; Ames, Brennan & Moore,1966)
-  Kajian membuktikan – dengan peningkatan umur & pengalaman, bayi dapat mengesan & memilih corak yang lebih kompleks seperti gambar bangunan yang rumit.

MENGESAN CORAK

-  3 minggu – lebih suka bentuk empat segi berpetak besar
-  8 – 14 minggu – memilih yang berpetak lebih kecil (banks & salapatek,1983; Ames, Brennan & Moore,1966)
-  Kajian membuktikan – dengan peningkatan umur & pengalaman, bayi dapat mengesan & memilih corak yang lebih kompleks seperti gambar bangunan yang rumit.

                     
SENSITIVITI TERHADAP KONTRA / PERBEZAAN

-  Bayi baru lahir lebih senang mengesan corak yang menyerupai manusi bergerak dari corak yang lain
-  2 – 3 bulan – cenderung merenung rupa manusia berbanding ransangan lain
-  3 bulan – berupaya mengesan perbezaan antara gambar dua orang yang tidak pernah dikenalinya
-  7 – 10 bulan – dapat mengesan emosi seseorang yang ditunjukkan di dalam gambar.
-  Lebih cenderung kepada gambar positif seperti senyuman atau terkejut berbanding muka sedih dan takut.
-  Pada peringkat awal kanak-kanak, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor.

Bagaimana kanak-kanak membezakan simbol tulisan

-  Mula mengenal huruf dalam pasangan.
-  Huruf yang hampir serupa seperti C DAN G, E dan F, M dan W selalu mengelirukan mereka.
-  Penulisan huruf yang songsang adalah kebiasan berlaku di kalangan kanak-kanak
-  Pembacaan buku dan latihan yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi mereka dalam mengesan perkataan bertulis.











1 comment: